Sunday 20 May 2012

TSUNAMI


ABSTRAK

KAJIAN PERSEPSI DAN TAHAP KESEDARAN PENDUDUK TENTANG BAHAYA TSUNAMI. KAJIAN KES: PANTAI TELUK LIKAS
Latihan Ilmiah yang dihasilkan ini adalah berkaitan dengan persepsi dan kesedaran penduduk tentang bahaya Tsunami. Lokasi kajian adalah berkisar sepenuhnya disekitar Pantai Likas, Sabah. Melalui kajian ini terdapat tiga objektif yang ingin dicapai iaitu mendapatkan maklumbalas daripada penduduk mengenai kesedaran dan persepsi mereka terhadap bahaya Tsunami, mengenalpasti tindakan dan langkah keselamatan yang perlu diutamakan ketika menghadapi Tsunami dan menganalisis persepsi dan  tahap kesedaran mengenai Tsunami. Beberapa kaedah kajian digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh data-data yang berkaitan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Kaedah yang digunakan adalah melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Antaranya adalah kaedah kajian lapangan yang merangkumi pemerhatian, temubual dan mengedarkan borang soal selidik. Pengutipan data turut melibatkan sumber sekunder seperti kajian perpustakaan. Hasil data yang diperolehi daripada kajian lapangan ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Dapatan awal mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan tentang Tsunami selepas kejadian pada tahun 2004. Kesimpulannya, pendidikan berkaitan Tsunami masih kurang diperluaskan dalam kalangan masyarakat kita.

Kata Kunci: Tsunami, Persepsi dan Kesedaran.









ABSTRACT
PERCEPTION AND AWARENESS STUDY POPULATION ON THE TSUNAMI HAZARD. CASE STUDIES: COASTAL BAY LIKAS
A scientific study that was produced is related to the perception and awareness of people about the dangers of Tsunami. The study was fully revolves around the beach Likas, Sabah. Through this study, there are three objectives to be achieved is getting feedback from respondent about their awareness and perception of the dangers of Tsunami, identify actions and precautions that should be given priority in the face of Tsunami and analyze perceptions and awareness of the Tsunami. A method that was used by researchers to achieve the objectives is obtaining relevant data in order. The method that used is involves quantitative and qualitative methods. Among them are the methods of field studies that include observations, interviews and distribute questionnaires. Data collection also includes secondary sources such as research libraries. Yield data obtained from field studies will be analyzed using the Statistical Package For Social Science (SPSS). Initial findings show that most respondents had knowledge about Tsunami aftermath in 2004. In conclusion, the Tsunami-related education is less extended in our society.
Key Words: Tsunami, Perception and Awareness.

Monday 2 April 2012

TAHUKAH ANDA????



Ramai daripada kalangan kita mula mengenali perkataan Tsunami setelah berlakunya bencana tersebut pada 26 Disember 2004 dan Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya. Tsunami yang berlaku pada tahun tersebut melibatkan 11 negara Asia. Ketika itu, dilaporkan lebih 226,000 penduduk di 11 negara tersebut terkorban. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa bencana Tsunami dikesan seawal tahun 1755. Berikut merupakan sejarah Tsunami yang pernah berlaku……

1. Tahun 1755 (Portugal dan Eropah)
Pada 1 November 1755, salah satu gempa bumi yang paling besar terjadi di lautan Atlantik berdekatan pantai Bandar Lisbon ibu kota Portugal. Para Saintis menganggarkan gempa bumi tersebut adalah dalam lingkungan 9.0 skala Richter, yang mana mengakibatkan banyak kerosakan di Lisbon.
Kira-kira 35 minit selepas gempa bumi yang awal, ombak Tsunami menenggelami pelabuhan Portugis dan sebahagian Bandar raya tersebut. Dua ombak Tsunami menyusuli kemudian menambahkan lagi kerosakan yang sedia ada dikawasan tersebut. 

2. Tahun 1833 (Indonesia)
Letupan gunung berapi Krakatoa merupakan salah satu daripada bencana alam yang sangat hebat yang penuh direkodkan dalam sejarah. Pada 26 Ogos 1883, gunung berapi Krakatoa telah meletup. Kebanyakan pulau berdekatan musnah dan tenggelam ke dasar laut.
Akibat daripada kejadian gunung berapi tersebut, telah menyebabkan beberapa ombak-ombak Tsunami yang besar, ada yang mencapai ketinggian 40 meter daripada paras laut. Ia telah melenyapkan beberapa perkampungan termasuk Telok Batong di Sumatera, dan Sirik dan Semarang di Jawa.

3. Tahun 1896 (Jepun)
Pada 15hb Jun 1896, gempa bumi terjadi di pinggir laut berdekatan dengan Bandar pelabuhan Sanriku, Jepun. Gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 skala Richter telah mencetus kejadian Tsunami besar.
Kejadian ini mengakibatkan 26 orang mati. Ombak-ombak Tsunami mencapai ketinggian 25 meter (80 kaki).
Di California, ombak setinggi 9.5 kaki menurut San Francisco Chronile pada 16hb Jun 1896. Apa yang luarbiasa mengenai bencana ini ialah saiz Tsunami adalah lebih besar daripada yang disangkakan dari saiz gempa bumi yang berukuran 7.2 skala Richter. 

4. Tahun 1960 (Chile dan negara-negara di Pasifik)
Pada 22 Mei 1960 gempa bumi yang paling besar pernah direkodkan pada masa itu terjadi dipantai selatan tengah Chile, sebuah negara di Selatan Amerika. Gempa bumi tersebut berukuran 9.5 skala Richter dengan susulan kumpul-kumpulan gegaran gempa bumi yang berukuran sebesar 8.0. 

5. Tahun 1964 (Pantai Barat Amerika Utara)
Tsunami di Amerika Utara dikenali sebagai Good Friday Tsunami khususnya di Negeri Alaska, telah dilanda oleh Tsunami yang lebih dahsyat pernah berlaku di benua Utara Amerika. Pada 28 Mac 1964, Amerika Syarikat mengalami gempa bumi yang paling besar dalam sejarah berdekatan Fjord Kolej di Prince William Sound pantai Alaska yang berukuran 9.2 skala Richter. Gempa bumi tersebut berlaku dalam tiga hingga lima minit dalam kebanyakan kawasan dengan goncangan lantai laut mengakibatkan Tsunami yang besar.

6. Tahun 1976 (Filipina)
Pada waktu 16 Ogos 1976, gempa bumi berukuran kira-kira 7.6 skala Richter telah berlaku di Teluk Moro iaitu beberapa batu jarak dari pantai kepulauan Filipina. Tsunami yang besar telah melanda sepanjang 700 kilometer pantai bersempadan Teluk Moro di Utara laut Celebes.

7. Tahun 1998 (Papua New Guinea)
Pada 17 Julai 1998. gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter terjadi kira-kira 15 batu dari pantai Utara Papua New Guinea, satu pulau yang terletak di pantai Pasifik Selatan-Barat iaitu disebelah selatan Indonesia dan utara Negara Austarlia. Gegaran gempa bumi tersebut tidak begitu besar membuat Tsunami secara langsung,. Susulan daripada gempa bumi, ombak Tsunami setinggi 12 meter (40 kaki) melanda pantai Papuo New Guinea dalam masa 10 minit memusnahkan kawasan perkampungan Arop dan Warapu. Di anggarkan 2,200 manusia telah terbunuh.

8. Tahun 2004 (Asia Selatan dan Afrika Timur)
Gempa bumi berukuran lebih 9.0 skala Richter terjadi di bawah lantai lautan Hindi berhampiran pulau Sumatara, Indonesia. Gegaran dan gerakan yang sangat kuat menyebabkan lautan bergelora dan ribut yang sangat kuat menuju ke setiap arah.
Ombak Tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter (50 kaki). Negara yang terlibat ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia Maldives, Myanmar, Bangladesh, Kepulauan Andaman dan Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania, dan Kenya. Negara yang paling teruk dimusnahkan ialah Indonesia.

9. Tahun 2011 (Jepun)
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 12 Mac 2011 dan mencetuskan Tsunami setinggi 10 meter (30 kaki).
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran Tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun.

SUMBER:  http://tsunami.pnm.my/kejadian.php

Friday 30 March 2012

AHLAN WASAHLAN...SELAMAT DATANG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Pengunjung Blog ini :-)

Entri ini merupakan yang pertama bagi blog ini.. Boleh dikatakan ia adalah sebagai permulaan perkenalan kita.. Selamat datang dan terima kasih atas kesudian saudara dan saudari membuang sedikit masa ke laman blog saya :-)..

Blog ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai medan untuk kita berkongsi ilmu yang lama mahupun yang baru disamping saling bertukar-tukar buah fikiran.. Saya seorang yang berfikiran terbuka untuk menerima setiap teguran ataupun kritkan yang membina.. Cuma, setiap kata dan teguran perlulah ada sopannya dan bukan cacian.. Barulah sesuai dengan imej negara Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi kan?

Blog BICARA BUMI ini akan lebih banyak membincangkan hal-hal berkaitan keadaan bumi kita yang semakin hari semakin "nazak" dengan pelbagai aktiviti manusia sehingga impaknya jelas kelihatan membimbangkan.. Oleh kerana inilah saya memilih nama "Bicara Bumi" sebagai blog saya.. Jelasnya disini, saya berpendapat bahawa bumi mempunyai caranya tersendiri untuk berbicara bagi menunjukkan keadaannya yang semakin teruk kerana tangan-tangan manusia walupun bukan dengan kata-kata sebaliknya melalui bencana alam yang semakin kerap berlaku sekarang.

Diharap saudara dan saudari sudi berkunjung dan berkongsi ilmu melalui laman ini bersama saya dan pengunjung-pengunjung yang lain..

Jumpa lagi.........