Ramai daripada kalangan kita
mula mengenali perkataan Tsunami setelah berlakunya bencana tersebut pada 26
Disember 2004 dan Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.
Tsunami yang berlaku pada tahun tersebut melibatkan 11 negara Asia. Ketika itu,
dilaporkan lebih 226,000 penduduk di 11 negara tersebut terkorban. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa bencana Tsunami
dikesan seawal tahun 1755. Berikut merupakan sejarah Tsunami yang pernah
berlaku……
1.
Tahun 1755 (Portugal
dan Eropah)
Pada 1 November 1755, salah
satu gempa bumi yang paling besar terjadi di lautan Atlantik berdekatan pantai
Bandar Lisbon ibu kota Portugal. Para Saintis menganggarkan gempa bumi tersebut
adalah dalam lingkungan 9.0 skala Richter, yang mana mengakibatkan banyak
kerosakan di Lisbon.
Kira-kira 35 minit selepas
gempa bumi yang awal, ombak Tsunami menenggelami pelabuhan Portugis dan
sebahagian Bandar raya tersebut. Dua ombak Tsunami menyusuli kemudian
menambahkan lagi kerosakan yang sedia ada dikawasan tersebut.
2.
Tahun 1833 (Indonesia)
Letupan gunung berapi
Krakatoa merupakan salah satu daripada bencana alam yang sangat hebat yang
penuh direkodkan dalam sejarah. Pada 26 Ogos 1883, gunung berapi Krakatoa telah
meletup. Kebanyakan pulau berdekatan musnah dan tenggelam ke dasar laut.
Akibat daripada kejadian
gunung berapi tersebut, telah menyebabkan beberapa ombak-ombak Tsunami yang
besar, ada yang mencapai ketinggian 40 meter daripada paras laut. Ia telah melenyapkan
beberapa perkampungan termasuk Telok Batong di Sumatera, dan Sirik dan Semarang
di Jawa.
3.
Tahun 1896 (Jepun)
Pada 15hb Jun 1896, gempa
bumi terjadi di pinggir laut berdekatan dengan Bandar pelabuhan Sanriku, Jepun.
Gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 skala Richter telah mencetus kejadian Tsunami
besar.
Kejadian ini mengakibatkan
26 orang mati. Ombak-ombak Tsunami mencapai ketinggian 25 meter (80 kaki).
Di California, ombak
setinggi 9.5 kaki menurut San Francisco Chronile pada 16hb Jun 1896. Apa yang
luarbiasa mengenai bencana ini ialah saiz Tsunami adalah lebih besar daripada
yang disangkakan dari saiz gempa bumi yang berukuran 7.2 skala Richter.
4.
Tahun 1960 (Chile dan negara-negara di Pasifik)
Pada 22 Mei 1960 gempa bumi
yang paling besar pernah direkodkan pada masa itu terjadi dipantai selatan
tengah Chile, sebuah negara di Selatan Amerika. Gempa bumi tersebut berukuran
9.5 skala Richter dengan susulan kumpul-kumpulan gegaran gempa bumi yang
berukuran sebesar 8.0.
5.
Tahun 1964 (Pantai Barat Amerika Utara)
Tsunami di Amerika Utara
dikenali sebagai Good
Friday Tsunami khususnya di Negeri Alaska, telah dilanda oleh Tsunami
yang lebih dahsyat pernah berlaku di benua Utara Amerika. Pada 28 Mac 1964,
Amerika Syarikat mengalami gempa bumi yang paling besar dalam sejarah
berdekatan Fjord Kolej di Prince William Sound pantai Alaska yang berukuran 9.2
skala Richter. Gempa bumi tersebut berlaku dalam tiga hingga lima minit dalam
kebanyakan kawasan dengan goncangan lantai laut mengakibatkan Tsunami yang
besar.
6.
Tahun 1976 (Filipina)
Pada waktu 16 Ogos 1976,
gempa bumi berukuran kira-kira 7.6 skala Richter telah berlaku di Teluk Moro iaitu
beberapa batu jarak dari pantai kepulauan Filipina. Tsunami yang besar telah
melanda sepanjang 700 kilometer pantai bersempadan Teluk Moro di Utara laut
Celebes.
7.
Tahun 1998 (Papua New Guinea)
Pada 17 Julai 1998. gempa
bumi berukuran 7.1 skala Richter terjadi kira-kira 15 batu dari pantai Utara
Papua New Guinea, satu pulau yang terletak di pantai Pasifik Selatan-Barat
iaitu disebelah selatan Indonesia dan utara Negara Austarlia. Gegaran gempa
bumi tersebut tidak begitu besar membuat Tsunami secara langsung,. Susulan
daripada gempa bumi, ombak Tsunami setinggi 12 meter (40 kaki) melanda pantai
Papuo New Guinea dalam masa 10 minit memusnahkan kawasan perkampungan Arop dan
Warapu. Di anggarkan 2,200 manusia telah terbunuh.
8.
Tahun 2004 (Asia Selatan dan Afrika Timur)
Gempa bumi berukuran lebih
9.0 skala Richter terjadi di bawah lantai lautan Hindi berhampiran pulau
Sumatara, Indonesia. Gegaran dan gerakan yang sangat kuat menyebabkan lautan
bergelora dan ribut yang sangat kuat menuju ke setiap arah.
Ombak Tsunami tersebut
mencapai ketinggian 15 meter (50 kaki). Negara yang terlibat ialah Indonesia,
India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia Maldives, Myanmar, Bangladesh, Kepulauan
Andaman dan Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania, dan Kenya. Negara
yang paling teruk dimusnahkan ialah Indonesia.
9.
Tahun 2011 (Jepun)
Satu gempa bumi kuat
bermagnitud 8.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada
12 Mac 2011 dan mencetuskan Tsunami setinggi 10 meter (30 kaki).
Gempa yang melanda kira-kira
pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan
termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi
mengeluarkan amaran Tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun.
SUMBER: http://tsunami.pnm.my/kejadian.php
SUMBER: http://tsunami.pnm.my/kejadian.php
No comments:
Post a Comment