ABSTRAK
KAJIAN PERSEPSI DAN TAHAP KESEDARAN PENDUDUK TENTANG
BAHAYA TSUNAMI. KAJIAN KES: PANTAI TELUK LIKAS
Latihan
Ilmiah yang dihasilkan ini adalah berkaitan dengan persepsi dan kesedaran
penduduk tentang bahaya Tsunami. Lokasi kajian adalah berkisar sepenuhnya
disekitar Pantai Likas, Sabah. Melalui kajian ini terdapat tiga objektif yang
ingin dicapai iaitu mendapatkan maklumbalas daripada penduduk mengenai
kesedaran dan persepsi mereka terhadap bahaya Tsunami, mengenalpasti tindakan
dan langkah keselamatan yang perlu diutamakan ketika menghadapi Tsunami dan
menganalisis persepsi dan tahap
kesedaran mengenai Tsunami. Beberapa kaedah kajian digunakan oleh pengkaji untuk
memperoleh data-data yang berkaitan bagi mencapai objektif yang telah
digariskan. Kaedah yang digunakan adalah melibatkan kaedah kuantitatif dan
kualitatif. Antaranya adalah kaedah kajian lapangan yang merangkumi
pemerhatian, temubual dan mengedarkan borang soal selidik. Pengutipan data
turut melibatkan sumber sekunder seperti kajian perpustakaan. Hasil data yang
diperolehi daripada kajian lapangan ini akan dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Dapatan awal mendapati
bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan tentang Tsunami selepas
kejadian pada tahun 2004. Kesimpulannya, pendidikan berkaitan Tsunami masih
kurang diperluaskan dalam kalangan masyarakat kita.
Kata
Kunci: Tsunami, Persepsi dan Kesedaran.
ABSTRACT
PERCEPTION AND AWARENESS STUDY POPULATION
ON THE TSUNAMI
HAZARD. CASE STUDIES: COASTAL BAY LIKAS
A scientific study that was produced is related to the perception and awareness of people about the dangers of Tsunami. The study was fully revolves around
the beach Likas, Sabah. Through this study, there
are three objectives to be achieved is getting feedback
from respondent about their awareness and perception of the
dangers of Tsunami, identify actions and
precautions that should be given priority in the
face of Tsunami and
analyze perceptions and awareness
of the Tsunami. A method that was used by researchers to
achieve the objectives is obtaining relevant data in order. The
method that used is involves quantitative
and qualitative methods. Among
them are the methods of field
studies that include observations, interviews and distribute questionnaires. Data collection also
includes secondary sources such as
research libraries. Yield data obtained from field
studies will be analyzed using
the Statistical Package For Social Science (SPSS). Initial findings show that
most respondents had knowledge about Tsunami aftermath in 2004. In
conclusion, the Tsunami-related education is less extended in our society.
Key Words: Tsunami, Perception and Awareness.